Translate

Selasa, 26 Ogos 2014

Kemenangan GAZA, Khabar Gembira Dari Sana..Allahuakbar


Bangun pagi ini diceriakan dengan berita kemenangan Ghazzah.. Alhamdulillah wa AllahuAkbar!

Mesej dari MP Pasir Mas

Whatsapp dari sahabat di Gaza berkenaan kegembiraan mereka atas gencatan senjata. — 

Alhamdulillah, 

Israel akhirnya akur dan menerima syarat Hamas untuk gencatan senjata. 

Perang dengan ini secara rasminya tamat.
Tahniah untuk rakyat Gaza & Palestine, Umat Islam seluruh dunia, dan setiap insan yang menyokong keamanan dan kemanusiaan.

Namun, Penjajahan belum berakhir...

MASYAALLAH! 
Bendera Malaysia kita diusung & dikibar megah bersama bendera Hamas ditengah ribuan rakyat Gaza yang keluar meraikan kemenangan besar hasil genjatan senjata yang baru diumumkan sebentar tadi. Malaysia sangat dekat dihati mereka(Gaza) kerana peduli kita 


kepada Gaza benar-benar ikhlas dan pembelaan kita sangat komited!

We Love You, Malaysian! 
itulah antara yang keluar dari mulut saudara kita di Gaza sambil laungan takbir dan kata-kata semangat ketika ini. Sesungguhnya banyak tugas dan amanah kita untuk terus bantu saudara kita disana. Bantuan pasca perang sangat besar meliputi pembinaan semula Gaza yang perlukan kita semua untuk sama bantu.

Hulurkan bantuan/infaq/zakat untuk Dana Bantuan Kecemasan Gaza menerusiwww.tabunggaza.com


Laungan Takbir & Kegembiraan Gaza 






Peace Yo !!!

Biar Gambar Berbicara

Sumber Dari Sahabat FB..Credit to Suadara Annas Arraby
https://www.facebook.com/AnnasHjAbdulAlim










Ahad, 24 Ogos 2014

Haruman percikan darah Nabi dalam gua Bukit Uhud (5Gambar Bukit Uhud)


Editor ntv7, Redzuan Manap berpeluang memanjat masuk sebuah gua dalam jajaran Bukit Uhud di sini semalam yang merupakan tempat Nabi Muhammad SAW dibawa oleh beberapa sahabat setelah tercedera dalam Perang Uhud.





“Gua berkenaan tidak luas dan saya terhidu bau wangi seperti mana dikatakan itu adalah haruman percikan darah Rasulullah di dinding gua tersebut," kata beliau sejurus keluar dari situ kepada petugas media Malaysia.Untuk memanjat masuk ke gua tersebut memerlukan seseorang itu berkasut sukan dan berhati-hati kerana perlu terlebih dahulu mendaki dari kaki Bukit Uhud sejauh 100 meter yang penuh berkerikil dan berbatu besar.




Apabila tiba di depan gua yang separuhnya sudah disimen, kecekalan diperlukan lagi untuk memanjat bahagian luar gua setinggi tiga meter lagi.

Bukit Uhud merupakan kawa-san bersejarah yang dulunya mencatatkan sejarah hitam kekalahan pertama tentera Islam di tangan tentera kafir Quraisy.
Beberapa petugas media turut berdoa ketika melalui makam Saidina Hamzah berdekatan Bukit Uhud yang turut dikebumikan bersama 69 pejuang Islam yang mati syahid dalam Perang Uhud.




Saidina Hamzah dibunuh oleh orang suruhan Hindun Utbah bernama Wahsyi AlHabsyi bagi membalas dendam terhadap kematian bapanya dalam Perang Badar sebelum itu. Setelah dibunuh, Hindun mengeluarkan jantung Saidina Hamzah dan dimakan.




Makam Saidina Hamzah hanya diletakkan batu-batu bukit berwarna hitam dan di sekitar makam itu pula menempatkan para syuhada yang lain tanpa batu nisan.

Kawasan perkuburan itu yang terletak di sebelah masjid dikeli-lingi oleh pagar besi berlatarbelakangkan Bukit Uhud.


Sumber: Hmetro

Sabtu, 23 Ogos 2014

MENELADANI KELUARGA RASULULLAH S.A.W.

Nikmat yang tidak ternilai yang masih ada...

Nikmat Kasih Sayang Yang Masih Ada pada Keluarga Besar ini...

Abg Chaq/Kak Ina Family
Haziq | Firaz

Kak Chaq/Abg Asri Family
Mak|Shafiah | Shafie | Shifa | Sumayyah
 (Sayang Abg Asri Tak Mai)

My Family
Aina | Muqarrabin | Huurun Ain
(Jangan tanya pasaipa takdak, tak wujud gambar nie kalau tak dak orang yang ambik)

Keluarga Azuwa ( Perlis Made)
Auni | Aniq

Geng Bujang (sorang sesat)
Mak | Azam | Dek Yah | AM | Afar

Anak Menakan

Senyum Sokmo

Mesyuarat Tingkap


SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM, SELAWAT DAN SALAM KEPADA NABI JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN PARA SAHABATNYA DAN MEREKA YANG MENCONTOHINYA HINGGA HARI KIAMAT.


Ya Allah, satukan hati-hati kami…

Ya Allah...
Satukan hati-hati kami...Limpahkan taufik dan hidayahMu agar kami sentiasa patuh dan taat kepadaMu. Kekalkan kemesraan antara hati-hati kami akan jalannya. Penuhkan hati kami dengan cahaya rabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati kami dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma'rifat tentangMu. Lembut dan lunakkan hati-hati kami agar sentiasa berkasih sayang keranaMu...

Ya Allah…
Kau Satukanlah hahi-hati keluarga ini. Damaikanlah pertengkaran, pertelingkahan di antara kami.  Pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan dan jalan-jalan yang Kau redhoi.   Ya Allah... Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya, dari kedukaan kepada bahagia, dari kesempitan kepada keluasan dan kesenangan... Dekatkan hati-hati kami kepadaMu... Ya Allah... Jauhkan kami dari kejelekan, kemaksiatan, kejahilan dan kekejian baik yang nyata mahupun yang tersembunyi.


Ya Allah... tutupilah aib kami dan tingkatkanlah darjat kami... Berkatilah Ya Allah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, saudara-saudara kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... perkenankanlah permintaan ini.  Amin, Amin, Amin...
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.


 Keluarga Bahagia... :-)

Pengajaran : Sesibuk manapun kita, cubalah luangkan masa untuk bersama keluarga.Keluarga adalah anugerah terindah dari Allah swt, hargai mereka.

Betapa indahnya hidup tanpa maksiat mata



Mata adalah jendela dunia. Tanpanya, hidup terasa tak sempurna. Sedih dan mengeluh itu pasti terjadi pada sebahagian manusia yang kehilangan penglihatannya. Tetapi tidak dengan remaja dari Mesir ini. Ia adalah salah satu hamba Allah yang ikhlas atas ketetapanNya Yang Maha Esa.

Selasa, 19 Ogos 2014

CERAMAH PERDANA SURAU AL MUSTAQIM TAMAN JAWI INDAH



ASSALAMUALAIKUM semua....CERAMAH PERDANA Sempena Kemerdekaan pada 27.08.2014 (01 Zulkaedah 1435H) / Rabu / Selepas Solat Maghrib.

Disampaikan oleh yang berbahagia Al Fadhil USTAZ HAJI SUBRI BIN HAJI MD ARSHAD. Mudir Ma`had Adda`wah al-Islamiyyah.

~Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir~

Sebarkan.....
 

Ahad, 17 Ogos 2014

10 Langkah Membentuk Anak Soleh




10 Langkah Membentuk Anak Soleh
Gambar Hiasan
Teks: SARINA MOHD SOM
Olahan Web Majalah I
Anak merupakan anugerah terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seluruh umat manusia. Kehadiran anak bukan sahaja pelengkap yang memberikan kebahagiaan dalam rumah tangga, bahkan menjadi generasi penyambung keturunan dalam keluarga. Untuk mengetahui apakah tip-tip mendidik anak menurut kaca mata Islam, beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan.
Rasulullah s.a.w dalam sebuah riwayat pernah berkata, ”Sesungguhnya, setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan suci (fitrah, Islam). Namun, kerana kedua orang ibu bapa itulah, anak itu akan menjadi seorang yang beragama Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”
Penjelasan ini menegaskan bahawa sesungguhnya setiap anak yang dilahirkan itu laksana sebuah kertas putih yang polos dan bersih. Ia tidak mempunyai dosa dan kesalahan serta keburukan yang boleh membuatkan kertas itu menjadi hitam. Walau bagaimanapun, yang putih itu boleh menjadi kotor andai ibu bapa salah dalam mendidik anak. Berperangai buruk, tidak taat kepada kedua ibu bapa, dan ingkar terhadap suruhan Allah SWT.
Saranan:
1. Memilih calon isteri yang baik, seperti mana hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud, 
“ Lihatlah agama calon isteri supaya engkau tidak celaka” [Muttafaqun alaihi]
2. Suami dan isteri hendaklah sentiasa berdoa dan merendahkan diri kepada Allah SWT agar berkenan diberikan rezeki anak yang soleh.
3. Salah satu hak anak yang wajib ditunaikan oleh seorang ayah adalah memberikan mereka nama yang baik. Nama yang paling dicintai oleh Allah adalah: Abdullah, Abdurrahman. Dan nama yang paling benar adalah : Hammam dan Harits.
4. Ibu bapa adalah guru dan contoh yang terbaik bagi anak.  Maka,  adalah wajar bagi setiap ibu bapa itu menunjukkan akhlak yang bersih, serta jauh daripada hal-hal yang boleh merubah fitrah.  Kerana sesungguhnya perbuatan yang merubah fitrah itu akan memberikan pengaruh terhadap kejiwaan anak. Fitrah seorang anak adalah beriman kepada Allah, dan membenci kekafiran, kedustaan dan penipuan. Dalam hatinya tersembunyi cahaya fitrah yang sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran.
5. Setiap anak itu wajib dididik dan dibesarkan dalam persekitaran islamik. Serta jauhkan mereka daripada perbuatan-perbuatan syirik, sesat, bidaah, maksiat, dan hawa nafsu.
6. Perintahkan anak-anak bersolat andai mereka sudah berumur 7 tahun, dan pukullah mereka sekiranya tidak mengerjakan solat pada saat mereka berumur 10 tahun.
7. Pisahkan tempat tidur anak-anak anda, jangan satukan mereka andai anak anda itu lelaki dan perempuan.
8. Biasakan anak-anak bersikap jujur, menepati janji dan berakhlak mulia.
9. Cegah dan larang anak-anak menonton rancangan televisyen yang terkandung perkara-perkara yang haram dan campur baur lelaki dan perempuan. Serta hindari mereka melihat drama-drama atau filem yang mengisahkan tentang pembunuhan, kejahatan,   pencurian dan pengkhianatan.
10. Bersikap adil dalam mendidik anak-anak untuk melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Janganlah melampaui batas dan jangan pula terlalu lemah, janganlah berlebih-lebihan dalam memukul anak dan jangan pula membiarkan mereka tanpa teguran.

MENDEDAHKAN AURAT KETIKA BERSUKAN

MENDEDAHKAN AURAT KETIKA BERSUKAN


ISLAM menganjurkan umatnya supaya sentiasa memelihara kesihatan dan meningkatkan kekuatan tubuh badan sertaketajaman akal. Kerana itu Islam menggalakkanaktiviti-aktiviti riadah yang mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan mental.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallammerupakan qudwah (ikutan) yang terbaik dalamhal ini. Dalam kitab-kitab hadits dan sirah, banyak riwayat yang menyatakan bahawa Baginda menggemari dan menganjurkan sukan-sukan yang berbentuk olahraga, pertahanan diri dan ketenteraan seperti berlumba lari, berenang, memanah, menunggang kuda, beradu senjata, dan sebagainya.
Sungguhpun demikian, Islam tidak sekali-kali membiarkan umatnya terbiar begitu sahaja untuk melakukan sesuatu perkara tanpa memberikan sebarang bimbingan, garispandu atau batasan. Maka kerana itulah, tiap sesuatu itu ada batasannya yang perlu dijaga dan diperhatikan, termasuk juga dalam perkara sukan dan bersukan.
Walaupun bersukan itu pada dasarnya adalah harus, sama ada ia dilakukan atas dasar memelihara kesihatan atau sekadar mengisi masa lapang, namun ia boleh menjadi tertegah bahkan haram dalam keadaan-keadaan tertentu terutama jika ia bertentangan dengan hukum, ajaran, tatacara, syariat dan adab-adab Islam. Antara batasan yang sering dipandang ringan ketika bersukan ialah perintah menutup aurat. 
Click Here
Tidak Ada Keringanan Untuk Mendedahkan Aurat Ketika Bersukan
Aurat merupakan satu mahkota kehormatan tidak kira bagi perempuan mahupun lelaki. Dari itu ia wajib dijaga bukan sahaja ketika mengerjakan sembahyang, bahkan ia wajib dijaga pada sepanjang masa hatta dalam rumah sekalipun. Menjaga aurat itu sangat tinggi nilainya, sehinggakan apabila seseorang itu menutup aurat dengan sempurna, identitinya sebagai seorang Islam akan terserlah dan akan dipandang dengan penuh rasa mulia dan hormat. Sebagai contoh, jika kita terlihat seorang perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna misalnya, maka perkara paling awal yang akan terdetik dalam hati kita ialah perempuan tersebut adalah seorang yang berugama Islam dan dia adalah seorang muslimah yang baik.
Apa dia aurat? Dari segi bahasa, aurat berasal daripada perkataan Arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan. Menurut istilah syara‘ pula, aurat ialah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang ramai. Aurat lelaki ialah di antara pusat dengan dua lutut. Sementara aurat perempuan pula ialah seluruh anggota tubuh badannya melainkan muka dan dua tapak tangan (luar dan dalam) sehingga dua pergelangan tangannya.
Dari definisi aurat itu sendiri dapat difahami bahawa mendedahkan aurat itu merupakan satu perbuatan yang mendatangkan aib dan memalukan. Jadi orang yang sihat perasaannya, sempurna akhlaknya dan waras akal fikirannya secara fitrah dan semulajadinya pasti akan menjaga auratnya dengan sempurna dan pasti akan segera menutupi auratnya yang terdedah itu dengan apa jua cara sekalipun.
Menurut syara‘, hukum menutup aurat itu adalah wajib, dan mendedahkannya pula adalah haram dengan nas al-Quran, hadits dan ijma‘ umat Islam dan merupakan satu dosa besar. Mendedahkan aurat menyebabkan orang itu sentiasa dalam laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan sentiasa dalam dosa selagimana dia belum bertaubat, belum menyesali dan belum berniat untuk meninggalkan perbuatan tersebut.
Hendaklah diingat bahawa tidak ada kelonggaran untuk membuka aurat ketika bersukan. Alasan-alasan seperti panas, rimas, sukar membuat pergerakan dan sebagainya jika menutup aurat ketika bersukan tidak sekali-kali diterima oleh syara‘.
Dari itu, ketika bersukan hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian, menutup aurat, tidak menjolok mata dan tidak menimbulkan fitnah.Perlu diingat dan ditekankan di sini bahawa pakaian yang jarang, nipis atau ketat sehingga menampakkan warna kulit atau susuk tubuh adalah ditegah dan tidak memadai walaupun pada zahirnya ia seolah-olah menutup bahagian aurat.
Tidak ada kelonggaran menurut syara‘ dalam hal menutup aurat ketika bersukan ini sungguhpun di antara sesama lelaki ataupunsesama perempuan. Abu Sa‘ed al-KhudriRadhiallahu ‘anhu berkata bahawa RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
Maksudnya : “Janganlah seorang lelakimemandang akan aurat seorang lelaki (yang lain) dan janganlah seorang perempuan (memandang) akan aurat seorang perempuan (yang lain).” (Hadits riwayat Imam Muslim)
Daripada Mu‘awiyah bin Haidah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Jagalah auratmu kecuali dari isterimu atau hamba-hamba perempuan yang engkau miliki.” (Hadits riwayat Imam Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Selain memastikan aurat terjaga dengan sempurna, wajib juga menjaga syarat-syarat lain yang telah digariskan oleh syara’ dalam hal berpakaian seperti:
  1. Tidak menyerupai pakaian lawan jenisnya.
  2. Tidak menyerupai pakaian atau cara berpakaian orang kafir.Maksudnya di sini ialah apa-apa pakaian atau sesuatu yang dipakai oleh orang kafir sebagai cogan khas atau ciri pengenalan bagi mereka, contohnya di sini seperti ‘scapular’, iaitu sejenis potongan kain atau aksesori tertentu yang dipakai khusus oleh pengabdi ugama Kristian.
  3. Tidak memakai pakaian yang mempunyai gambar, lambang atau unsur yang bertentangan dengan syariat Islam seperti lambang salib, minuman keras dan sebagainya.
  4. Khusus bagi perempuan pula, jangan dia memakai pakaian yang mempunyai wangiwangian dan jangan pakaian itu berhias-hias kerana yang demikian itu akan menarik perhatian lelaki dan sekaligus mengundang fitnah.
  5. Manakala bagi lelaki pula, jangan pakaiannya itu diperbuat daripada benang sutera. Dari itu, dengan sendirinya, apa saja jenis sukan yang mensyaratkan untuk memakai pakaian yang tidak memenuhi kehendak syara‘ apatah lagi bertentangan dengannya seperti sukan yang mewajibkan pesertanya memakai pakaian yang mendedahkan aurat atau mewajibkan pesertanya memakai pakaian yang mengandungi lambang salib dan sebagainya adalah wajib ditinggalkan.
Maka sebagai merealisasikan rasa taqwa dan takutkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala, marilah kita menutup aurat dengan sempurna dan menghindarkan apa sahaja bentuk dan jenis pakaian yang melanggar aturan hukum syara‘ pada sepanjang masa termasuk ketika melakukan aktiviti sukan. Jangan hendaknya aktiviti sukan yang pada asalnya diharuskan oleh syara‘ itu menjadi satu aktiviti yang mendatangkan dosa akibat kealpaan kita dalam menjaga adab berpakaian. Biar dalam kita berusaha mendapatkan sihat itu kita turut sama mendapatkan berkat dan redha Allah. Jangan pula kerana inginkan sihat, laknat pula yang kita dapat!
WALLAHU’ALAM
Gambar hiasan credit www.szlihin.com