Nikmat yang tidak ternilai yang masih ada...
Nikmat Kasih Sayang Yang Masih Ada pada Keluarga Besar ini...
Abg Chaq/Kak Ina Family
Haziq | Firaz
Kak Chaq/Abg Asri Family
Mak|Shafiah | Shafie | Shifa | Sumayyah
(Sayang Abg Asri Tak Mai)
My Family
Aina | Muqarrabin | Huurun Ain
(Jangan tanya pasaipa takdak, tak wujud gambar nie kalau tak dak orang yang ambik)
Keluarga Azuwa ( Perlis Made)
Auni | Aniq
Geng Bujang (sorang sesat)
Mak | Azam | Dek Yah | AM | Afar
Anak Menakan
Senyum Sokmo
Mesyuarat Tingkap
SEGALA
PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM, SELAWAT DAN SALAM KEPADA NABI JUNJUNGAN
NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN PARA SAHABATNYA DAN MEREKA YANG MENCONTOHINYA HINGGA
HARI KIAMAT.
Ya Allah, satukan hati-hati kami…
Ya Allah...
Satukan hati-hati kami...Limpahkan taufik dan hidayahMu agar
kami sentiasa patuh dan taat kepadaMu. Kekalkan kemesraan antara hati-hati
kami akan jalannya. Penuhkan hati kami dengan cahaya rabbaniMu yang tidak
kunjung malap. Lapangkan hati-hati kami dengan limpahan iman, keyakinan dan
keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma'rifat
tentangMu. Lembut dan lunakkan hati-hati kami agar sentiasa berkasih
sayang keranaMu...
Ya Allah…
Kau Satukanlah hahi-hati keluarga ini. Damaikanlah pertengkaran, pertelingkahan
di antara kami. Pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami
jalan-jalan keselamatan dan jalan-jalan yang Kau redhoi. Ya
Allah... Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya, dari kedukaan kepada
bahagia, dari kesempitan kepada keluasan dan kesenangan... Dekatkan hati-hati
kami kepadaMu... Ya Allah... Jauhkan kami dari kejelekan, kemaksiatan, kejahilan
dan kekejian baik yang nyata mahupun yang tersembunyi.
Ya Allah... tutupilah aib kami dan tingkatkanlah darjat kami...
Berkatilah Ya Allah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri
kami, saudara-saudara kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkaulah
sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... perkenankanlah permintaan ini.
Amin, Amin, Amin...
Ya
Allah,
Perkenankanlah doa
doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta
kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana
Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak
memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak
mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya
Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Keluarga Bahagia... :-)
Pengajaran : Sesibuk manapun kita, cubalah luangkan masa untuk bersama keluarga.Keluarga adalah anugerah terindah dari Allah swt, hargai mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan